Thursday, October 30, 2014

PhD Oh PhD

Assalamualaikum..,
Aku memulakan cerita perjalanan PhD ini, dengan sinopsis diri ku dan perjalanan bagaimana aku sampai dalam dunia Phd.

Tahun 2014, umur ku menginjak ke 39 tahun. Berada di bumi bukan tumpah darahku.., dengan konflik tempat kerja yang menyerabutkan kepala.. lead me to PhD decision. Permohonan aku buat dengan rasa bersemangat yg berkobar2. Walaubagaimana pun, aku tidak berjaya mendapatkan biasiswa HLP. walau proposal ku di bantu dan lengkap oleh x sv master dan bidang masih dalam skop master project background.

Aku lelah..dan kecewa.., perasaan utk keluar dari environment kerja meluap2 akhirnya aku usahakan
tanpa biasiswa. Sebelum itu universiti terdekat aku study, siapa potential sv yg mungkin. Setelah banyak pendapat dan menurut rasa hati dan solat istkharah aku memilih prof utk dijadikan sv.


Expectation aku bila mula-mula mendaftar:

Aku akan buat proposal, sv dan aku boleh berbincang secara ilmiah atas proposal aku, betul ke apa yg aku buat dan aku impikan komen2 membina dari sv ku.

Perkara sebenar terjadi.
Dari hari pertama mendaftar, RA sv msg me, to prepare a review paper for the proposal i wrote. Alhamdulillah dengan beberapa presentation dan guide from my sv aku berjaya siapkan review paper tersebut dalam masa 2-3 bulan. Aku rasa cukup confident ketika itu..

Semester yang pertama, tiada discussion on my research project, aku usaha kan utk melihat proposal ku potential been applied in lab. mencari mesin2 mendapatkan quotation mostly oversea..
aku mula contact incharge2 person, technician and friends utk mendapatkan kemudahan bagi melaksanakan kajian ku.. aku cuba dapatkan buah pandangan co-sv mengenai kajianku.

Dipendek kan cerita, apa yang aku buat di mata sv ada lah sesuatu yg completely x betul.
dan bermula la.. cerita sedih dalam my PhD journey.

Di saat aku menulis entry ini, perasaan fobia terhadap sv masih menghantui aku.., aku tinggalkan cerita sedih tersebut untuk mengelakan cerita mengaibkan org.  Saat getir terakhir ku, pada semester ke2 bulan ke 2 aku nekad untuk mencari U dan sv baru. Alhamdulillah semua nya dipermudahkan Allah. cuma family akan berpisah. itu pengorbanan yg akan aku buat.

Aku cuma berharap dan berdoa ada cahaya menerangi sepanjang jalan. Allah permudahkan dan tiada lagi masalah human dalam perjalanan ini.., dan jika ada pun sebarang masalah Allah akan kurniakan hati yang tabah untuk menghadapinya.

Amin

Siti khalijah
kota kinabalu, okt 2014


1 comment:

  1. Saya pun pernah hadapi apa yg Puan rasa��

    ReplyDelete

Perjalanan Hidup..

Coretan perjalanan hidup